PERLUKAH bertengkar dengan pasangan apabila timbul isu yang mungkin remeh-temeh sehingga boleh mengganggu hubungan?
Melihat daripada sudut berbeza, pertengkaran bahkan pertelingkahan juga ada manisnya. Sebenarnya ia turut memberi impak positif kepada hubungan suami isteri kerana kadangkala pertengkaran itu bakal mengeratkan lagi hubungan suami isteri.Pertengkaran sebenarnya adalah proses pasangan suami isteri cuba menyatukan cita rasa, tujuan, keinginan dan cara hidup mengikut kehendak sendiri. Dalam proses terbabit, keengganan satu pihak menyebabkan sebelah pihak lagi memendam perasaan sehingga menyebabkan sebelah pihak lagi tidak puas hati lalu tercetus pertengkaran.
Berikut beberapa petua yang boleh dijadikan renungan buat pasangan untuk mengelak bibit pertengkaran sekali gus menyelamatkan rumah tangga:
Meluahkan isi hati. Setiap pasangan perlu berbincang dan meluahkan isi hati masing-masing bagi meredakan permasalahan.
Ada yang enggan berbincang dan lebih rela memendam saja perasaan dengan harapan segalanya akan berubah dengan sendiri dan menjadi baik suatu hari nanti.
Situasi tegang akan menjadi lebih parah apabila salah seorang mengungkit kelemahan pasangan. Sebaliknya, tumpuan hendaklah hanya kepada pokok permasalahan bukan meleret kepada perkara yang tidak berkaitan.
Dalam pada itu, jangan sesekali menggunakan kata-kata kasar ketika bertikam lidah, sebaliknya terus gunakan nama yang sering digunakan. Jika sebelum bergaduh memanggil pasangan 'sayang', teruskan ketika bertengkar.
Biar apapun gelombang pertengkaran, pastikan ia tidak berlaku di hadapan anak. Ini penting kerana ia boleh menjejaskan emosi mereka, malah boleh menyebabkan anak membuat persepsi negatif terhadap ibu bapa.
Menjadi asam garam berlaku pertelingkahan dalam hubungan, tetapi dalam apa jua keadaan, ia perlu sentiasa dibatasi dengan kesabaran.
Jangan pula sesekali membenarkan orang ketiga masuk campur dalam pertengkaran seperti ibu bapa, mentua ataupun adik-beradik kerana dikhuatiri menyebabkan situasi semakin parah.
Anda bertemu dengannya setelah sama-sama dewasa, jadi jangan sesekali cuba menjadikan dirinya sama seperti anda. Cuba hormati dengan tindakan yang dilakukan. Jika tidak berkenan hati, luahkan dengan penuh diplomasi dan berikan contoh terbaik untuk dirinya berubah.
Selepas bertengkar, jangan biasakan menyendiri atau meninggalkan pasangan kerana ia merugikan. Selesai bertengkar, peluklah pasangan seerat mungkin biarpun kita bersalah. Ungkapkan perkataan maaf dan minta perkara begitu tidak berlaku lagi. Anggaplah pertengkaran sesuatu yang positif kerana membolehkan anda dan pasangan semakin mesra.
Jika anda mengungkitnya, ia turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Semakin lama ia mengundang sesuatu yang lebih parah.
Tindakan ini sebenarnya akan menyebabkan isteri ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia tertekan dan anda perlu ingat anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah.
No comments:
Post a Comment