Thursday, August 27, 2009

Si Tomel Papa..

Date Taken: 8/22/2009 8.10 PM
Location: Triang, Pahang
Picture description: Like father like daughter.


25 Pesanan Luqman Al-Hakim kepada Anak-Anaknya

1 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam,banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat,agar jangankaram, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMANdan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

2 - Orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

3 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

4 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

5 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu bolehmenjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut (takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmatALLAH.

7 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yang tidak mahu mengerti.

8 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

9 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telahmemberikan akibat yang berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pestaperkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makananitu diberikan kpd anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16- Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilahterlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tending dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang ygbersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Friday, August 21, 2009

Dua Orang yang Tersayang..


Date Taken: 13/10/2007 10:15AM
Location: Tersang, Raub
Time: 'Hari Raya Aidil Fitri' Day 1
Photo: My Lovely Father and Mother

Dua orang yang tiada nilai gantinya dalam dunia ini.
Orang yang banyak menabur keringat tanpa mengenal penat dan lelah.
Semata-mata untuk membesarkan anak-anak. Tak mungkin terbalas jasamu Mak dan Abah.
Selagi hidupmu tak mungkin akan ku persiakan saat-saat yang bakal mendatang.

Berkorban masa mendewasakan anak-anak..Tetapi pernahkah seorang anak itu berfikir?
Berkorban wang ringgit untuk mengisi perut anak-anak yang sentiasa lapar dan dahaga. Pernahkah seorang anak terfikir?
Berhempas pulas membanting keringat.. Tidak mengenal erti penat..Tidak mengenal cuaca..Hujan atau Panas. Demi anak-anak. Namun adakah seorang anak pernah menilai?

Mereka tidak berpendidikan tinggi, tidak seperti kamu hari ini..
Tidak pernah mereka menyuarakan dompet yang telah kering..
Lihatlah garis-garis kedutan diwajah mereka. Tataplah wajah orang yang telah memberikan kamu kehidupan..Sewaktu masa masih mengizinkan..

Lihatlah Siapa kamu kalau bukan tanpa Mereka!


__________________________________________

Pergi Tak Kembali


Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Tuesday, August 18, 2009

Demi Cintaku Padamu..

Date taken: 6/2/2007 1:13PM
Location: Triang, Pahang
Song: Demi Cintaku Padamu

Demi cintaku padamu
kemanapun kaukan ku bawa
walau harus kutelan lautan bara

Demi cintaku padamu
ke gurun ku ikut denganmu
biarpun harus berkorban jiwa dan raga

Bulan madu di awan biru
tiada yang mengganggu
bulan madu di atas pelangi
hanya kita berdua
nyanyikan lagu cinta
walau seribu duka
kita takkan terpisah

Andai dipisah laut dan pantai
tak akan goyah gelora cinta
andai dipisah api dan bara
tak akan pudar sinaran cinta

End.

Monday, August 17, 2009

Wad Bersalin

1st Picture after deliver: Saturday, ‎September ‎13, ‎2008, ‏‎4:12:38 AM