Monday, May 24, 2010

bersediakah anda..kehilangan orang tersayang?

Membuat kejutan dan diberi kejutan – dua perkara yang berbeza. Kejutan kecil yang baik sebenarnya agak seronok dan kadangkala buatkan kita ketawa dan ceria saja. Aku selalu baca entri kat blog kawan-kawan, ceria dalam membuat kejutan dan diberi kejutan. Ada yang dikejutkan dengan sambutan hari lahir, hari ulangtahun perkahwinan, hari ulangtahun perkenalan, yang kita lupa tarikhnya tapi tiba-tiba dikejutkan dengan pelbagai hadiah… kek berlilin, hadiah barangan bernilai, pakaian, cincin, jam tangan dan minyak wangi berjenama, spek mata hitam yang harganya mungkin puluhan, ratusan dan mungkin juga ribuan.

Bagi yang berduit, mungkin dikejutkan dengan tiket bercuti kat mana-mana destinasi pelancongan terkenal. Apapun, semuanya satu kejutan yang buatkan si penerima kejutan berasa amat gembira sekali, tak sangka tapi amat suka sehingga hampir menitiskan airmata.

Alangkah indahnya apabila dikejutkan dengan pemberian sesuatu yang bernilai, apatah lagi yang dah lama diidam-idamkan. Mungkin kejutan ini buatkan seseorang itu melompat riang. Ada juga tanpa suara sebaliknya rasa teruja hingga hilang kata-kata.

Namun, adakalanya bila aku amati, baca kisah semasa serta pernah melaluinya sendiri, tidak semua kejutan itu buatkan kita rasa suka. Ada masanya kejutan itu buatkan kita rasa lemah, terus terduduk kerna hampir pitam dan airmata yang keluar spontan. Persoalannya, adakah kita bersedia untuk menerima kejutan yang lebih besar? Kejutan yang buatkan kita rasa seluruh badan lemah longlai kerana hilang tempat berkongsi kasih?


Bersediakan kita andai kita tiba-tiba dikejutkan dengan kehilangan seseorang yang amat kita sayangi dan bergantung padanya selama ini? Bersediakah kita untuk bangkit semula dan melangkah tanpa orang tersayang yang sebelum ini sentiasa bersama kita… sentiasa bagi kita semangat … juga punca sumber kewangan kita?

Aku tertanya-tanya, sejauh manakah kita bersedia dengannya? Bagaimanakah kita menghadapi situasi ini? Mampukan kita bersikap redha, tenang dan menenteramkan perasaan dalam menerima kejutan besar ini? Dapatkah kita menerima situasi mengejutkan sebagai satu ujian dariNya terhadap ketabahan dan keimanan kita?

Kepada teman-teman, moga kita semua tabah dan perlu sentiasa bersedia dalam menerima kejutan, tak kira besar kecil, warnanya indah mahupun suram kelam, apatah lagi kejutan yang besar dan terlalu pahit untuk dilalui dan dirasai …

No comments:

Post a Comment