Sunday, November 1, 2009

Berapa Nisbah Hutang anda?

Memanglah benar hutang takkan mungkin dapat dielakkan dalam hidup kita. Lagi-lagi orang yang baru memulakan kerja..nak beli keretala..rumahla…jadi sudah pasti terpaksa berhutang.

Ada orang pandai berhutang, tapi liat pula membayar hutang. Bukankan dalam islam sendiri tindak menggalakkan umatnya berhutang. Yelah..kalau terjadi apa-apa pada kita , beban hutang itu kita tinggalkan pula pada ahli keluarga. Paling teruk beban hutang di tinggalkan kepada penjamin. Sebaiknya, bila gaji masuk saja teruslah dibayar semua hutang dan bil-bil penting yang lain seperti utiliti sebelum anda sibuk berbelanja itu dan ini.

Berapakah nisbah hutang yang sesuai dengan anda?

Secara umumnya, perancang kewangan berpendapat nisbah hutang yang selamat adalah lebih kurang 35% daripada gaji anda dimana 25% daripadanya adalah pinjaman perumahan. Jadi mari kira nisbah hutang:

Nisbah Hutang = (Jumlah hutang anda / Gaji anda ) X 100%

Contoh:

Bro A mempunyai hutang purata bulanan : 1) Kad Kredit RM500 2) Rumah RM900 3) Kereta RM600 4) Pinjaman Pelajaran RM200

Gaji bersih bulanan=RM4500

Nisbah hutang = ( RM2200/ RM4500) X 100% = 48.9%

Dalam kes Bro A di atas, nisbah hutang beliau adalah 48.9% yakni lebih daripada 35%. Jadi, kemungkinan untuk Bro mempunyai simpanan bulanan agak susah kerana dengan baki yang dimilikinya, beliau terpaksa berhati-hati berbelanja untuk bil utiliti, belanja makan, kos pengangkutan dan kos-kos harian lain yang tidak dapat dielakkan. Kemungkin untuk beliau hidup ‘paycheck -to – paycheck’ adalah tinggi.

Individu yang memiliki kebebasan kewangan / ‘financial freedom’ tidak bergantung semata-mata pada gaji bulanan. Dan kriteria tersebut juga sukar dinilai dengan mata kasar kerana seseorang individu sebenarnya dinilai dari segi jumlah kekayaan ( wealth) bukan dari segi pendapatan. Ada individu yang nampak mewah dengan pendapatan tinggi tetapi kemungkinan besar mempunyai banyak hutang, jadi kurangla kekayaan ( net wealth).

Akhir kata ini adalah cara untuk menangani hutang buat panduan anda:

1. Kenalpasti semua bayaran bulanan anda sebagai satu bayaran tunggal yang besar

Senaraikan semua tanggungan kewangan bulanan anda dan bayar awal ( sebaik gaji masuk). Buat satu belanjawan untuk menyemak pembayaran hutang bulanan dan perbelanjaan bulanan lain.

2. Mulakan ‘debt snowball anda’!

Ooh..ini prinsip Dave Ramsey yang saya suka. Caranya mudah! Bayar habis hutang yang mempunyai baki terendah. Ia membantu anda mengurankan jumlah hutang tertunggak dengan berkesan. Saya kira anda boleh mulakan dengan baki hutang Kad Kredit /Kereta. Ia membantu anda satu perasaan kejayaan dan kepuasan sebaik saha satu senarai hutang anda dihapuskan.

3. Jika terpaksa menunda bayaran hutang tertentu, tunda pinjaman dengan kadar faedah terendah!

Selain memilih hutang dengan baki terendah, anda juga boleh fokus pada hutang yang dikenakan kadar faedah tertinggi!

4. Bandingkan pakej-pakej pinjaman dengan kadar faedah terendah

Jika pinjaman perlu dibuat, bandingkan kadar faedah dari institusi-institusi kewangan yang menawarkan pakej berbeza. Pilih kadar fedah yang paling rendah! Ini mengurangkan kadar faedah yang dibayar dan memendekkan tempoh pinjaman.

5. Jangan sekali-kali bersetuju untuk menjadi penjamin kecuali anda sudah menyediakan wang secukupnya utk membayar pinjaman sekiranya indivitu itu gagal membayar balik.

Fikir dengan teliti sebelum membuat keputusan menjadi penjamin. Jika anda sendiri mempunyai hutang keliling pinggang, takkan begitu mudah anda mahu menjadi penjamin? Saya sendiri melihat bagaimana susahnya seorang penjamin yang menjamin seseorang ( ahli keluarga sendiri) di mana kedua-duanya mempunyai hutang yang banyak dan kemudian peminjam itu meininggal dunia. Begitu seksa penjamin tersebut! itu kisah yg saya lihat di rancangan RM di TV2 yang dikeluarkan oleh AKPK. Ini rancangan TV wajib saya setiap Isnin malam.

Berapa Nisbah Hutang anda? Ia sulit dan saya pasti anda pasti mahu menyemak semula kewangan anda.

No comments:

Post a Comment