1.Ramai Akan Tergulung Dalam Kategori Di Bawah Kemisikinan Selepas Bersara!Kalau panjang umur sehingga 75 tahun, kita mempunyai 20 tahun lagi untuk hidup selepas bersara. Kenyataan ini sangat menakutkan bagi mereka yang punca rezekinya bergantung semata-mata kepada gaji bulanan tanpa ada pendapatan sampingan yang lain.
Pencarum-pencarum KWSP, akan menerima sejumlah wang yang agak besar apabila mereka bersara. Menurut laporan Utusan Malaysia - Jumaat, 19 Oktober 2007, purata simpanan seorang pencarum apabila mencapai usia 55 tahun nanti HANYA RM114,000!
Tapi, apakah nilainya RM114,000 itu 10 tahun akan datang? 20 tahun akan datang? Pernahkah saudara pembaca terfikir tentangnya?
Dengan RM114,000, pesara hanya mampu membelanjakan RM475 setiap bulan bagi menampung hidup sehingga usia 75 tahun. Perbelanjaan RM475 sebulan akan meletakkan pesara berkenaan dalam kategori golongan berpendapatan di bawah paras kemiskinan.
Menurut satu laporan akhbar, 72% pencarum KWSP menghabiskan wang KWSP mereka selepas hanya 3 tahun bersara!
Walau bagaimanapun, terdapat cara untuk mengelakkan miskin selepas pencen ini. Kita yang bekerja makan gaji sepatutnya sudah mula menyimpan dan berjimat cermat sejak mula bekerja supaya kita mempunyai simpanan yang cukup apabila bersara nanti.
2.Kos Perkahwinan RM 20,000 RM 20,000? ... itu belum masuk kos pengangkutan untuk pergi ke rumah pengantin. Duit minyak, tol, tempat penginapan, upah penanggah, sewa peralatan set audio video, upah juruvideo, dan bermacam-macam lagi 1001 benda yang perlu anda sediakan untuk melangsungkan majlis perkahwinan anda.
Itu hanyalah baru kos sebelum dan semasa anda melangsungkan perkahwinan... bagaimana pula dengan kehidupan selepas perkahwinan anda? Bajet honeymoon?.. Bajet untuk sewa rumah baru? Perabot serta kelengkapan-kelengkapan rumah? TV.. Set Bilik Tidur.. Kelengkapan Dapur untuk memasak.. dan macam-macam lagi... semuanya memerlukan WANG....
Pendek kata.. "Jika tidak ada wang simpanan sekurang-kurangnya RM20,000 dalam akaun bank anda... jangan bermimpilah nak kahwin."
Mungkin anda pernah mendengar sindiran sebegitu. Memang ianya agak pedih dan menyakitkan hati.. tetapi.. itulah hakikat kehidupan yang perlu anda hadapi dan terima.
Saya memahami situasi anda.... Anda mungkin baru sahaja tamat belajar dan baru sahaja mendapat pekerjaan, itupun kontrak sahaja, belum lagi mendapat jawatan tetap. Di dalam situasi sebegini, memang agak sukar untuk anda menyimpan wang yang banyak untuk perkahwinan anda. Lebih-lebih lagi dengan beberapa bebanan hutang yang terpaksa anda tanggungi seperti hutang kad kredit, hutang kenderaan (Motorsikal/Kereta) dan juga hutang pelajaran (PTPTN) yang anda ambil sewaktu belajar dahulu.
Ataupun.. mungkin anda sudah lama bekerja. Tetapi, hingga kini, anda masih tidak lagi dapat mengumpul wang yang secukupnya untuk melangsungkan perkahwinan anda.
Gaji anda boleh tahan juga, tapi.. yang peliknya, setiap hujung bulan, anda pasti tidak akan cukup duit, anda tidak pasti kemana wang anda menghilang setiap bulan. Rasa-rasanya.. anda tidaklah ada ber"joli" sakan.. tetapi.. pada setiap bulan, anda pasti tidak cukup wang... atau lebih baik sedikit.. wang gaji anda hanya cukup-cukup sahaja. Asal cukup bulan sahaja.. wang anda habis.. cukup bulan je.. wang anda habis... sedikit pun tidak dapat nak menyimpan.
"Macam mana lah nak kahwin kalau macam ni?" kata hati anda....
Lebih membingungkan lagi... kekasih anda sudah mula bertanya.. "Bila abang nak masuk meminang? Mak saya dah tanya dah bila abang nak masuk meminang?"...
Fuhh... memang satu soalan yang agak mencabar.. "Kalau ikutkan hati aku.. hari ini juga aku nak kahwin..... tapi... apakan daya..... duit simpanan ku tak cukup-cukup lagi... Oh! " keluhan anda di dalam hati. Mulut anda tidak berkata apa-apa, anda hanya mampu membisu.
Untuk tidak mahu meresahkan hati, anda cuba mengalihkan topik perbualan anda kepada topik yang lain... tetapi kekasih anda seperti tidak berpuas hati. Dia mula menarik muka masam kerana beranggapan anda tidak serius di dalam perhubungan cinta anda.Hari demi hari terus berlalu.. anda kini bertekad untuk mengumpul duit untuk melangsungkan perkahwinan anda dengan secepat yang mungkin.
Anda mula melupakan tabiat bersarapan dan minum petang harian anda. Sehari.. anda makan 2 kali sahaja... kalau rasa-rasa boleh tahan.. anda akan makan sekali sahaja sehari. Mee segera kini menjadi stok makanan yang wajib bagi anda. Semuanya kerana gara-gara ingin menyimpan duit untuk perkahwinan anda. Waktu kerja anda pula menjadi semakin panjang... kalau boleh.. hari-hari anda ingin membuat kerja lebih masa di tempat kerja anda. Hidup anda kini hanya ada 2 tempat sahaja.. rumah.. tempat kerja.. rumah.. tempat kerja.. rumah.. tempat kerja... tiada lagi masa untuk menonton wayang.. tiada lagi waktu untuk beriadah dan bersukan bersama-sama rakan anda diwaktu petang. Masa anda kini.. hanyalah untuk kerja-kerja-kerja dan kerja... semuanya sebab nak cari duit kahwin punya pasal.
3. Sesudah Kesulitan Ada Kemudahan
Menyoroti ayat ke-286, Surah al-Baqarah, Allah berfirman, bermaksud:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
Akan tetapi ramai sekali yang begitu mudah berputus asa daripada memikirkan cara menangani masalah dan ujian itu. Walaupun masalah itu tidak dapat diatasi, mereka harus menerimanya dengan reda dan yakin pasti ada hikmah tersembunyi di sebalik peristiwa pahit itu.
Mungkin hikmah itu terselindung di sebalik material duniawi tapi tidak di sisi Allah swt itu sendiri kerana manusia beruntung adalah yang mendapat keredaan-Nya. Lalu jika kita menjadikan akhirat dan keredaan Allah itu sebagai matlamat, maka segala ujian yang bersifat keduniaan itu dianggap remeh saja.
Allah adalah pencipta manusia, maka Dia mengetahui bahawa pasti ada hamba-Nya yang akan bersedih akibat mengalami ‘zaman kejatuhan’. Malah, Rasulullah saw sendiri pernah bersedih antaranya apabila baginda diusir dan dikasari penduduk Taif sehingga kepalanya berdarah, ketika cuba berdakwah selepas kematian isteri baginda, Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib.
Lalu jika diteliti, banyak sekali nas yang membicarakan pelbagai aspek perasaan itu dalam al-Quran. Antaranya dua ayat yang diulang iaitu:
“Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".
SesunggImam al-Ghazali dalam kitabnya, Mukashafah al-Qulb menerangkan bahawa barang siapa ingin selamat daripada azab Allah, mendapat pahala dan rahmat-Nya serta masuk syurga, hendaklah dia menahan nafsu terhadap keinginan dunia selain sabar menghadapi kesulitan dan musibahnya.
Tatkala kita bersedih menghadapi kesulitan, pasrah dan sabar dengan ujian-Nya, Rasulullah saw membawakan khabar gembira seperti sabda baginda:
“Barang siapa sakit semalaman, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih dosanya bagaikan ketika dia lahir daripada perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh.”
Sebagai insan yang mengaku bahawa Allah itu tuhan dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, yakinlah kita bahawa segala kesulitan yang dihadapi dengan sabar tidak membawa sebarang kerugian melainkan peluang untuk mendekatkan diri dengan pintu syurga.
Sedarlah, kita mungkin ditimpa kesulitan, tapi bersyukurlah kerana kita masih hidup dan memiliki kudrat untuk merubah kesulitan itu malah masih ada orang lain yang lebih berat tekanan dan dugaannya berbanding kita.
Adakah kesulitan kita itu lebih pedih daripada kesulitan ditanggung nabi dan wali Allah?
Adakah sakit kita itu lebih teruk daripada penyakit Nabi Ayub?
Adakah susah kita itu lebih teruk daripada cabaran dihadapi Rasulullah saw?
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,” – (Alam Nasyrah: 5-6).
Benar, mereka itu kekasih Allah, tapi yakinlah di sebalik kesusahan yang kita hadapi, pasti ada insan lain yang lebih sukar kehidupannya. Ketika sedih, fikirlah mengenai kebahagiaan yang sudah lama kita peroleh, tapi kesenangan itu mungkin membuatkan kita terlalai.
Lalu Dr ‘Aidh ‘Abdullah al-Qarni menukilkan menerusi kitabnya La Tahzan bahawa:
“Kesulitan itu sebenarnya akan menguatkan hati, menghapuskan dosa, menghancurkan ujub, menguburkan sombong, meluruhkan kelalaian, menyalakan lantera zikir, menarik empati sesama, menjadi doa yang dipanjatkan orang soleh, mewujudkan ketundukan dan penyerahan kepada Yang Maha Esa, sebagai sebuah peringatan diri, sebuah upaya menghidupkan zikir, sebuah upaya menjaga hati dengan sabar, sebuah persiapan mengadap Tuhan dan sebuah celaan untuk tidak cenderung kepada dunia, merasa aman dan tenang dengannya.”
Maka adulah segala kegelisahan, kesulitan dan kesedihan yang tidak terzahir kepada Allah swt. Mohonlah dengan penuh tawaduk dan berharap kepada-Nya di samping berusaha mengubah keadaan, nescaya akan Dia perkenankan, kerana itulah janji-Nya menerusi Surah al-Mukminun, ayat ke 60:
“Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.”
3b. Enam ubat kesedihan akibat musibah
1. Percaya sepenuhnya kepada Allah.
2. Kesedaran bahawa semua yang berlaku adalah takdir Allah.
3. Sabar adalah senjata paling ampuh bagi mereka yang diuji.
4. Jika tidak dengan sabar, apa lagi yang boleh dilakukan kerana resah dan kesedihan berterusan tidak akan menyelesaikan kesulitan itu.
5. Mungkin saya akan berada dalam keadaan yang lebih teruk daripada situasi sekarang.
6. Dari waktu ke waktu, jalan keluar akan terbuka
3c. Doakan Saudara Kamu
Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda,
“Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’”
(Shahih Muslim no. 2733)
Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain. Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda,
“Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain”
(dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)