Menurut Brian Tracy International, genius mempunyai 3 perwatakan. Adakah anda seorang genius?
Albert Einstein juga menggunakan 3 kaedah ini
- Seorang genius akan fokus kepada satu kerja/satu masalah/ satu isu dalam satu masa. Dengan memberi tumpuan 100% dan fokus yang amat tinggi pada kerja yang perlu dilakukan, seluruh tenaga dapat didedikasikan untuk menjayakan sesuatu. Lebih hebat kita fokus kepada sesuatu isu dengan tumpuan yang amat tajam, lebih hebat & kreatif kita akan mencapai sesuatu matlamat itu.
- Seorang genius mempunyai kaedah dan cara yang sistematik untuk menangani sesuatu isu/masalah/ kerja. In other words, mempunyai perancangan yang rapi- sering kali menulisnya atas kertas setiap langkah mengikut prioriti. Mereka juga mengambil masa untuk duduk dan mencerminkan keadaan semasa dengan tepat supaya ketahui sesuatu titik permulaan. Mereka perlu tahu point A untuk sampai ke point B.
- Seorang genius mempunyai minda yang terbuka dan sedia menerima idea-idea baru. Tidak menutupkan fikirannya. Sering kali bertanyakan soalan “What if…” dan mengundang berbagai-bagai input dan jawapan untuk menghasilkan sesuatu.
No comments:
Post a Comment