Konsep hutang sama dengan perkara lain, sebagai contohnya penyakit, kalau kita nak tahu apa jenis penyakit yang dihidapi kita hendaklah melihat kepada tanda-tandanya. Jadi sama juga dengan hutang ia pasti ada tanda-tanda yang ditonjolkan bagi menyatakan seseorang itu ada banyak hutang.
Ada 17 tanda seseorang itu banyak hutang antaranya adalah :-
1. Tidak tahu berapa jumlah hutang
2. Mengeluarkan duit dengan kad kredit
3. Tidak mempunyai simpanan
4. Sudah berbelanja mencecah had kredit
5. Bayaran minimum bagi kad kredit
6. Jumlah baki hutang masih tidak kurang
7. Bertanya baki kad kredit yang boleh digunakan
8. Mempunyai lebih kad kredit
9. Cek tendang
10. Bil lama belum bayar
11. Pembelian dengan kad kredit ditolak
12. Pendapatan digunakan bagi membayar hutang
13. Gagal mendapatkan pinjaman bank
14. Menyembunyikan penyata kad kredit daripada keluarga
15. Tidak membuka penyata kad kredit
16. Mendapat panggilan daripada pemberi pinjaman
17. Waktu malam dirasakan singkat
Setelah melihat kepada tanda-tanda diatas, adalah anda salah seorang yang ada banyak hutang, masalah hutang tidak akan selesai selagi kita tidak berjaya mengatasinya.
Antara kaedah untuk menyelesaikan hutang adalah dengan mengatur semula strategi kita untuk menghapuskan hutang iaitu dengan membuat langkah penjimatan dan memulakan simpanan.
Diharap dengan apa tanda-tanda yang diberi kita dapat menghindarkan diri kita dari belenggu hutang yang menyiksakan bagi sesiapa yang terlibat. Semoga ilmu yang diberikan mendapat manfaat kepada anda semua.
Saturday, October 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment