Bila disebut wang semua orang rata-ratanya teringin pada wang. Namun sejauh mana sikap anda terhadap wang yang anda inginkan itu.
Adakah kita mengamalkan sikap berjimat cermat apabila mendapat wang atau boros berbelanja bila dapat wang. Sikap inilah penting bila kita ingin mencapai kebebasan kewangan dalam hidup, ramai dikalangan kita masih kurang peka dan prihatin terhadap sikap berjimat cermat apabila menggunakan wang dan masih ramai lagi yang membelanjakan wang secara boros.
Ada yang beranggapan, wang boleh dicari lagi bila habis namun sikap begini kurang bijak dalam pengurusan kewangan. Sebaliknya sikap berjimat cermat dan suka menabung haruslah diterapkan oleh setiap individu bagi mencapai matlamat kewangan yang telah dirancangkan.
Ilmu pengurusan kewangan adalah sangat penting bagi setiap orang dan ilmu itu haruslah disertakan sekali dengan sikap dan disiplin yang tinggi dalam menabung atau menyimpan wang demi mencapai kebebasan kewangan yang bakal dikecapi.
Jadi seharusnya kita semua haruslah mengamalkan sikap berjimat cermat dan berdisiplin apabila menggunakan wang dalam kehidupan seharian, sekiranya ini tidak dikawal dan diamalkan maka matlamat kita untuk mencapai kebebasan kewangan pada masa akan dapat akan mengalami kegagalan.
Friday, October 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment