Tips 1 : Tentukan Matlamat Kewangan
~ Apa matlamat korang pada tahun depan? Nak kawin baru? Oppss.. Nak kawin! Dah cukup duit ke? Kalau belum tu, azam dan usaha untuk kumpul duit bebanyak dulu. Zaman sekarang kalau nak kawin bukannya sekupang seposen. Kenalah berkorban sikit (ikat perut) kumpul duit bebanyak. Ingat ongkos sekarang murah ka!
Tu contoh je.. Dengan contoh di atas korang dah jelas tentang matlamat kewangan korang tu. Jadikan matlamat atau target korang tu sebagai salah satu ikhtiar untuk korang lebih berjimat dan berusaha untuk menyimpan duit dengan lebih banyak.
Tips 2 : Tambahkan Wang Simpanan!
~ Jawab dengan jujur! Dalam sebulan berapakah yang korang simpan dan labur ke dalam akaun bank korang? 10%? 20%? 30%? ke 0% (takde lansung!). Kalau takde lansung tu, tak dapet la den nak nolong.
Sekiranya sebelum ni korang menyimpan sebanyak 20% hasil dari pendapatan/perolehan/gaji korang. Jadi pada tahun baru ni apa kata korang kasi ‘UP’ 10% lagi menjadikan ia sebanyak 30%. Yalah! Setiap tahun ada bonus maa..! Naik gaji maa..! Takkanlah dengan diri sendiri pun nak kedekut maa..!
Tips 3 : Elakkan Dari Berhutang
~ Korang suka pakai kad kredit tak kalau pegi shopping? Enjoy oo.. Kalau pakai kad kredit! Itu kedai bagai ana yang punya! Satu kad mana cukup! Kena pakai 2 - 3 kad kredit tu baru enjoyyy..! Lepas tu kan, bila datang je bil kad kredit, lagi berganda-ganda tahap ke’enjoy‘annya. Sampai terbeliak biji mata!
Apa kata masuk tahun baru ni, buang tabiat suka berhutang menggunakan kad kredit ni. Ikhtiar untuk langsaikan semua hutang-hutang kad kredit tu cecepat mungkin. Kendian buang terus kad kredit tu. Apa kelas hutang-hutang ni!
Tips 4 : Berbelanja Biarlah Berpada
~ Bila masuk je tahun baru ni korang ada terfikir tak macam nak tukar kepada sesuatu yang baru. Hmm.. Macam nak tukar kereta baru ke! Perabot baru ke! Handphone baru ke! Dan apa saja yang se’baru’ dengannya. Maklumlah masuk tahun baru, barang-barang pun nak baru gak!
Ni lah yang orang panggil nafsu. Congak-congaklah bajet tu dulu. Janganlah diikutkan sangat nafsu berbelanja tu. Masuk tahun baru tak semestinya nakkan semua yang baru! Selagi benda tu dapat diguna pakai. Gunakanlah sebaik-baiknya.
Tips 5 : Senaraikan Aliran Kewangan dan Perbelanjaan
~ Bila dapat je duit gaji mesti terfikir nak bayar bil, nak bayar hutang, nak beli tu, nak bayar ni. Duit untuk simpanan? Kalau ada lebih, adalah..! Kalau takde, besok-besok je lah!
Seboleh-bolehnya (memang boleh pun!) utamakanlah duit simpanan tu dulu. Alah! Setakat alasan malas nak berbaris kat bank, buatlah potongan terus dari gaji. Kendian, barulah fikir nak bayar tu dan ni. Paling penting, senaraikan terlebih dahulu aliran kewangan tersebut. Ke mana ianya hendak digunakan dan berapa yang telah digunakan!
Thursday, October 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment