Adakah Anda Sedar Dengan REALITI Kehidupan Anda?
Setiap hari anda rungsing memikirkan kedudukan kewangan harian anda. Perbelanjaan untuk keperluan hidup semakin bertambah. Kos hidup semakin tinggi. Harga barangan keperluan terus naik. Sedar tak sedar anda dapati perbelanjaan dan hutang anda juga turut meningkat sama!
Setiap hari anda bekerja dan berusaha dengan lebih kuat untuk menambahkan pendapatan bagi membolehkan anda menjelaskan hutang-hutang anda, namun dalam sedar tak sedar anda dapati hutang anda tidak pernah berkurangan bahkan semakin meningkat! Anda mulai hairan dan bertanya pada diri sendiri "Kenapa Boleh Jadi Begini? Sampai Bila Aku Nak Kena Bayar Hutang Ni?"
Setiap bulan anda membuat simpanan dalam bentuk pelaburan yang terjamin dan selamat seperti akaun simpanan biasa, simpanan tetap mahu pun ASB, kata anda simpanan untuk masa depan, tapi anda lupa yang hutang anda tak pernah berkurangan. Bila dapat dividen daripada simpanan tersebut anda dapati sebenarnya jumlahnya jauh lebih kecil daripada faedah hutang yang perlu anda bayar.
Setiap hari berganti bulan, kini anda mula kurangkan perbelanjaan untuk keperluan yang paling asas sahaja semata-mata untuk mengurangkan jumlah hutang anda, namun akhirnya anda dapati ianya tak mampu nak selesaikan masalah hutang anda yang melampau itu.
Anda pun mula membuat pinjaman baru bagi menyelesaikan masalah hutang yang terdahulu tetapi dalam masa yang sama, tanpa anda sedari anda sebenarnya telah menambahkan lagi masalah hutang yang baru.
Anda fikir dengan membayar ansuran bulanan yang lebih rendah dalam tempoh masa yang panjang ianya menguntungkan anda, sebaliknya semakin lama anda membuat pinjaman maka semakin besarlah faedah yang perlu anda bayar!
Dan bermacam-macam perkara selain tertera di atas yang merungsingkan dan memeningkan kepala anda dalam mencari penyelesaian ke atas masalah hutang demi meneruskan kehidupan anda dan keluarga.
Sedar tak sedar hutang merupakan salah satu masalah yang dialami hampir setiap orang di seluruh dunia. Jika anda rasa anda bebas dari masalah dan bebanan hutang, ada kemungkinan anda silap!
Saya pasti setidak-tidaknya anda juga menghadapi masalah ini biarpun jumlahnya di saat ini taklah sebesar manapun.... jika dibandingkan dengan orang lain disekeliling anda.
Selagi anda mempunyai keperluan dan kemahuan, mempunyai pendapatan dan pekerjaan, penggunaan dan kebergantungan ke atas pinjaman dan hutang sudah tentu menjadi satu kemestian di abad ini.
Namun begitu, sedarkah anda bahawa hutang yang anda ambil itu dapat membantu mengukuhkan kewangan anda atau sebaliknya?
Keadaan akan menjadi bertambah parah jika sekiranya anda tidak mengamalkan pengurusan kewangan yang teratur, anda pasti berhadapan dengan masalah yang besar dan kritikal.
Jika anda mengalami salah satu daripada tanda-tanda di bawah kemungkinan besar anda sedang mengalami masalah hutang:-
Membuat bayaran minima bagi kad kredit
Jumlah baki hutang masih tidak berkurangan
Bertanya baki kredit yang boleh digunakan pada pihak bank
Tidak tahu berapa jumlah hutang yang dimiliki
Mengeluarkan wang tunai melalui kad kredit
Tidak mempunyai simpanan
Belanja gunakan Kad kredit mencecah had yang dibenarkan
Mempunyai lebih banyak kad kredit dari tunai di dalam dompet
Kad kredit ditolak ketika membuat pembelian
Bil-bil lama banyak yang tertunggak dan masih belum dibayarKesemua pendapatan digunakan untuk membayar hutang
Gagal mendapat pinjaman daripada bankMula meminjam dengan Ah Long
Tidak membuka penyata kad kredit
Menerima panggilan daripada pemberi pinjaman
Dikejar penagih hutang
Menerima surat penguam
Mulai berjudi
Hilang ceria
Tidak dapat tidur dengan lenaAnda mengalami gangguan dan tekanan hidup
Jangan cuba untuk menidakkannya jika anda mengalaminya, jangan memandang remeh akan petanda tersebut. Jika tidak, anda sebenarnya memberi ruang yang lebih untuk berhadapan dengan masalah hutang yang lebih serius lagi pada masa akan datang.
Mungkin anda pelik dan tertanya-tanya bagaimana anda boleh menghadapi masalah hutang ini? Sebenarnya ianya berpunca dari amalan kewangan serta tabiat berbelanja yang kita sendiri tidak menyedarinya. Antaranya adalah:
Anda berbelanja dahulu dan berfikir untuk menyimpan kemudian, tetapi sebenarnya anda gagal membuat simpanan walau satu sen pun!
Anda gemar berbelanja menurut kemahuan dan bukannya mengikut keperluan sebenar...
Anda mengamalkan perbelanjaan menggunakan kad kredit untuk menampung keperluan harian...
Anda suka menukar kereta setiap 4 hingga 5 tahun sekali.
Anda suka ambil dahulu bayar kemudian, membeli secara ansuran dan bukannya tunai...
Anda lebih suka meminjam wang untuk membayar hutang pinjaman sedia ada anda, pinjam sini....untuk bayar hutang yang di sana...
Kenapa Usaha Membebaskan Diri Dari Masalah Hutang Sentiasa Gagal ? |
1) Anda tidak betul-betul faham bagaimana hutang itu terjadi
Memang tidak dinafikan, pinjaman atau hutang memainkan peranan yang penting untuk membantu kita hidup dengan lebih selesa. Masalahnya di sini, hutang juga boleh membuatkan kita merasa tidak selesa bilamana ianya tidak digunakan dan diuruskan dengan cara yang betul.
Jika kita fikir-fikirkan berapa ramai yang hidup di dunia hari ini tidak berhutang? (Hmm..maksud saya orang dewasa yang berpendapatan dan bukannya anak-anak yang sedang bersekolah).
Saya percaya sememangnya ramai yang bersemangat untuk menghapuskan hutang mereka, namun ramai juga yang tidak faham kenapa setelah membayar sebegitu banyak wang, akhirnya mereka dapati yang diri mereka masih lagi belum bebas dari masalah dan bebanan hutang.
Ini kerana apabila kita membuat pinjaman atau hutang ianya melibatkan tiga perkara berikut:-
Pertama, jumlah pinjaman pokok atau jumlah sebenar pinjaman. Sekiranya anda meminjam RM10,000, maka anda perlu bayar semula jumlah tersebut dengan nilai yang sama. Saya kira yang ini semua orang tahu kan :)
Kedua, faedah. Sudah tentulah apabila kita meminjam atau berhutang kita perlu membayar sejumlah faedah sebagaimana yang telah kita persetujui sebelum ini. Ini bermakna jika anda pinjam RM10,000 maka anda perlu bayar dengan jumlah yang lebih besar daripada jumlah pokok yang anda pinjam. Saya fikir perkara ini ramai juga yang faham atau ada yang buat-buat tak faham?
Ketiga, kadar dan jenis faedah. Saya kira yang ini mungkin kebanyakan daripada kita yang kurang faham dan kurang jelas. Bahkan ramai yang terpedaya dengan triks dari pihak pemberi pinjaman. Yang lebih teruk lagi anda di antara kita yang begitu mudah menerima pakai syor dan saranan daripada mereka yang berkenaan, kononnya pinjaman tersebut adalah yang terbaik untuk hutang kita. Namun begitu, anda jangan risau tentang triks-triks tersebut kerana semuanya akan saya jelaskan secara terperinci nanti.
2) Tidak mempunyai matlamat
Setiap perkara yang ingin dilakukan dalam kehidupan ini harus ada matlamat jika tidak usaha yang kita ambil mungkin tidak sampai kemana-mana dan akan menjadi sia-sia. Begitu juga dengan usaha untuk menghapuskan hutang piutang sedia anda.
Anda harus ada matlamat, namun matlamat anda harus realistik. Maknanya di sini, jika hutang pinjaman anda RM20,000.00 dan anda ingin menghapuskannya dalam masa 2 atau 3 bulan sedangkan dalam masa yang sama anda hanya memperolehi pendapatan bersih sebanyak RM3,500.00 sebulan maka ini sudah tentu tidak munasabah.
Ya anda perlu berusaha untuk mencari sumber pendapatan tambahan yang lebih besar dan bukannya sekadar berjimat!
Saya dapati terlalu ramai yang sentiasa meningkatkan gaya dan taraf hidup mereka. Ya, sememangnya ianya tidak salah, bahkan amat baik sekali. Namun sayangnya ramai di antara kita yang memperolehinya secara berhutang melalui jumlah yang besar dalam tempoh masa yang panjang.
Setiap kali anda berjaya menghapuskan hutang lama, anda mula merasakan yang anda memiliki lebih banyak wang, lalu anda buat keputusan untuk buat hutang baru lagi. Ya, hutang yang jumlahnya lebih besar dalam jangka masa yang lebih panjang dari sebelumnya.
Apakah yang dimaksudkan dengan strategi yang betul di sini? Strategi yang betul adalah teknik penghapusan hutang yang mampu mencapai matlamat penghapusan hutang anda. Saya ulangi sekali lagi, yang benar-benar dapat membantu menyelesaikan masalah hutang anda.!
Saya dapati ramai oang lebih gemar membuat simpanan yang hanya memberi keuntungan kurang 3% setahun tetapi lupa untuk menjelaskan hutang pinjaman yang mengenakan kadar faedah 18% setahun. Ingat! Tanpa strategi yang betul sekali lagi usaha anda akan jadi sia-sia belaka.
Saya tahu ramai yang lebih mudah dan gemar bertemu dengan pegawai kredit yang menguruskan pinjaman di bank daripada mencari perancang kewangan yang bertauliah untuk menyelesaikan masalah hutang mereka.
Kesudahannya mereka menerima pakai pelan pengstrukturan hutang yang dicadangkan oleh pihak bank. (Hmm..yang sebenarnya pihak bank nak suruh anda pinjam dengan mereka, katanya faedah merekalah yang terendah) Tup..tup anda dapati anda masih tetap berada dalam masalah hutang yang tak berkesudahan.
Dalam hidup ini, setiap perkara yang dilakukan dengan penuh berdisplin pasti membuahkan kejayaan. Begitu juga halnya jika anda ingin menghapuskan hutang anda. Anda perlukan tahap displin yang tinggi bahkan bukan sekadar disiplin dalam menguruskan wang anda tetapi lebih dari itu, melibatkan tabiat dan sikap anda.
Untuk itu anda perlukan satu panduan khusus untuk menguruskan hutang piutang anda, bukan setakat panduan tetapi panduan yang boleh membawa anda ke satu jalan kebebasan hutang yang benar-benar berkesan dan yang paling penting ianya realistik untuk dilakukan.
No comments:
Post a Comment